Sunday, 15 May 2011

TANDA-TANDA KEMATIAN

                                                 sekadar gambar hiasan


TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIAN
 Tanda ini lazimnya berlaku lepas asar.
"Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil,seperti lembu yang baru sahaja disembelih,jika diperhatikan dengan teliti,
kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

* Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian,tanda ini akan lenyap.

* Bagi mereka yang sedar kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan selepas mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM KEMATIAN
Pada ketika itu daun yang bertulis nama kita akan gugur dari pokok yang diletakkan atas Arash
Allah s.w.t maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya dengan mengikuti kita sepanjang masa.Tanda ini lazimnya berlaku lepas asar.
"Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut ".

TANDA 7 HARI SEBELUM KEMATIAN
Tanda ini diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan.
Tandanya ialah:"Orang yang tidak makan,secara tiba-tiba berselera untuk makan".

TANDA 3 HARI SEBELUM KEMATIAN
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita supaya kita tidak mengandungi banyak najis dan akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.Tandanya ialah:

* Terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu dahi kanan dan kiri.

* Mata hitam kita tidak akan bersinar

* Orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan dapat dikesan jika dilihat dari bahagian sisi.

* Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam.

* Telapak kakinya terlunjur akan perlahan-lahan jatuh kehadapan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM KEMATIAN
Berlaku sesudah asar,ini menandakan kita tidak sempat untuk menemui waktu asar keesokkan harinya.Tandanya ialah:"Terasa satu denyutan di kawasan ubun-ubun kepala ".

TANDA AKHIR
Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan
kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah s.w.t yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan pula.tandanya itu ialah:
"Berlaku keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya kan turun kepinggang dan seterusnya akan naik kebahagian halkum ".

       Semoga kita dipilih Allah s.w.t untuk peka tanda-tanda kematian ini dan dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan Allah s.w.t mahu pun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

disediakan oleh:
Ismie Eyta 2011
Apakah yang membuatkan anda tidak puas hati./Doc

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget
 
back to top