Saturday, 21 May 2011

BAHAYANYA LIDAH ( LISAN )



ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM

Saudara dan saudariku yang kukasihi
Setiap manusia dikurniakan oleh Allah Sebuah LIDAH,walaupun lidah tidak bertulang tetapi lidah boleh mendatangkan dua akibat yang besar Yaitu sama ada kepada kebaikan atau kebinasaan. Jika seseorang menggunakan dengan baik dan jujur maka lidah akan membawa pelakunya insya Allah ke syurga atau sebaliknya lidah yang disalah gunakan akan membawa pelakunya ke neraka.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam berpesan kepada Sayyidina Ali bin Abi Thalib yang bermaksud : Wahai Ali ! Allah tidak menjadikan apapun dalam tubuh manusia yang paling utama, kecuali mulut (lisan). Sesungguhnya mulutnyalah yang mengiring dirinya masuk syurga atau masuk neraka,maka dari itu penjarakanlah (jagalah) mulut kerana mulut itu bagaikan anjing gila".

Sahabatku sekalian yang kukasihi,
Seperti kita ketahui bahwasannya perbuatan memfitnah, tuduh menuduh, menyindir,mengumpat, menyebarkan khabar angin (gosip), berita palsu, memberitahukan keburukan orang lain dan berprasangka buruk semakin menular dan membudaya dikalangan masyarakat Islam pada hari,dengan senangnya menyebar fitnah dan sumpah palsu serta berdusta.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “
Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan Abu Hurairah r.a. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :sumpah palsu termasuk di antara perbuatan yang berdosa besar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Semua perbuatan itu adalah kerja mulut dan lidah yang tidak bertulang yang lebih berbahaya daripada mata pedang yang terhunus hingga memungkinkan akibat buruk kepada manusia seluruhnya. Oleh itu, Islam daripada awal lagi mengingatkan ummah mengenai bahayanya lidah.

Allah berfirman yang artinya:
“Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati).” (Surah al-Baqarah, ayat 217)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
"sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik atau diam". (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Kebanyakan dosa anak Adam adalah kerana lidahnya.” (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Perlu kita fahami bahwa walaupun lidah adalah anggota tubuh badan manusia yang kecil menghiasi kesempurnaan makhluk ciptaan Allah, namun lidah mempunyai peranan agak besar dalam kehidupan manusia bermasyarakat,sebab

pada suatu ketika, lidah boleh memuliakan dan mengangkat derajat seseorang dan dalam di ketika yang lain, lidah juga mampu menghina serta menjatuhkan marwah pemiliknya. Sebab Bahayanya lidah,seluruh Anggota tubuh memohon kepada lidah untuk berkata kata yang baik,demi kebaikannya.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
“Ketika seseorang memasuki pagi yang hening, seluruh anggota tubuhnya akan berlutut merayu kepada lidah seraya berkata: Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah kerana kami sangat bergantung kepada engkau. Apabila engkau beristiqamah, kami pun akan turut sama beristiqamah. Sebaliknya jika engkau menyimpang daripada jalan yang benar, kami pun turut menyimpang.”
(Hadis riwayat Tirmizi)

Hadits ini menjelaskan bahwa lidah umpama pisau bermata dua. Ia boleh hadir sebagai rahmat kepada manusia tatkala ucapannya terselit unsur nasehat dan ketaatan kepada Allah dan pada masa sama, boleh membawa sembilu dan kepedihan kepada umat manusia jika lisannya mengatakan hal-hal yang kurang menyenangkan dan terlarang.

Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan serta perkataan sia-sia.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-3)

Allah SWT menyediakan panduan bagaimana lidah seseorang yang beriman untuk sewajarnya disalurkan dan dimanfaatkan kerana setiap perkataan yang terkeluar akan direkam oleh dua malaikat Allah.

Alangkah berbahagia dan beruntungnya seorang beriman yang menyumbangkan kebaikan dan kedamaian alam sejagat melalui ungkapan kata-kata yang sentiasa bermakna dan bermanfaat.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda
kepada Sayyidina Ali bin Abi Thalib yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu didunia,Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari."

Sebagai penutup disini saya ingin mengajak kepada Sahabatku sekalian untuk menjaga LIDAH yakni dengan cara menapis dan menyaring terlebih dulu khabar berita atau fitnah yang tersebar supaya kita tidak terperangkap dengan dosa yang merugikan kita diAkhirat kelak.

SEBAGAI RENUNGAN SEMOGA DI AMALKAN DAN BERMANFAAT AAMIIN WASSALAM


SUMBER:
Zubair IbnuAwwam As-Sabah
CintaAllahCintaAbadi@groups
CINTA ALLAH CINTA ABADI/POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget
 
back to top